PUPPY GANESER TUNAI
GAS TAIPING MAJU
DIURUSKAN OLEH
GANESH ENTERPRISE
Utama Mengenai Kami Tahukah Anda Cara Selamat Cawangan
TAHUKAH ANDA?
Pendahuluan
Gas Petroleum Cecair (GPC) ialah sejenis bahan api yang diperolehi daripada penapisan daripada minyak mentah atau gas asli. GPC mengeluarkan nyalaan yang bersih tanpa meninggalkan abu atau jelaga. Oleh itu, ia lebih popular sebagai bahan api untuk masak.
Nasihat Keselamatan dan Panduannya
Tip 1   Belilah GPC dan alat kelengkapan daripada wakil pengedar Gas PETRONAS yang sah.
Tip 2   Pastikan silinder GPC anda sentiasa tegak dengan injapnya di sebelah atas dan sambungan kedua-dua hujung hos gas adalah ketat.
Tip 3   Letakkan dapur gas dan silinder GPC anda lebih tinggi daripada paras tanah dan pastikan dapur gas diletakkan lebih tinggi daripada silinder GPC.
Tip 4   Jarakkan sejauh 1.0 hingga 1.5 meter di antara silinder GPC dengan dapur gas dan sebarang punca api seperti alat-alat elektrik dan segainya kecuali jika silinder gas itu diletakkan dalam tempet simpanan khas yang mempunyai pengudaraan yang baik.
Tip 5   Cara yang betul untuk menyalakan dapur atau ketukar yang bukan automatik :
  Nyalakan mancis.
  Cucuhkan api pada pembakar.
  Putarkan alat kawalan nyalaan.
Tip 6   Semasa memasak
  Buka pintu dan tingkap untuk pengudaraan yang baik.
  Jauhkan langsir dari dapur anda agar tidak berkibaran di atas api atau dapur.
  Pastikan hos gas tidak menyentuh permukaan dapur yang menyala.
  Jangan tinggalkan masakan anda tanpa pengawasan.
Tip 7   Jangan letakkan perkakas masakan yang panas di atas silinder GPC dan elakkannya daripada haba yang keterlaluan.
Tip 8   Tutupkan bekalan gas dan dapur dan alatatur selepas memasak
  Jika anda tidak memasak buat jangka waktu yang lama, tutupkan saluran bekalan gas dan alihkan alatatur daripada injap silinder.
Tip 9   Pemeriksaan kebocoran GPC
  Sebarang kebocoran GPC boleh dikesan daripada baunya yang aneh. Sapukan air sabun di bahagian yang disyaki bocor dan jika terdapat buih-buih berkembang pada permukaan, maka ia menandakan kebocoran gas. Jangan periksa kebocoran gas dengan menggunakan api.
Tip 10   Pemeriksaan alat-alat kelengkapan
  Periksa alatatur, hos gas dan klip dari semasa ke semasa. Gantikan segera jika sudah haus. Adalah digalakkan supaya hos gas dan klipnya diganti setiap dua (2) tahun dan alatatur diganti setiap lima (5) tahun. Gunakan hos gas dan alatatur yang diluluskan sahaja. Adalah dinasihatkan supaya setiap rumah seharusnya mempunyai sekurang-kurangyna satu (1) alat pemadam api.
Tip 11   Apabila menukar silinder GPC
  Pastikan adanya gelang getah dalam injap silinder gas. Jangan gunakan silinder gas yang tidak mempunyai gelang getah.
  Pastikan tiada nyalaan berhampiran.
  Pastikan alat kawalan nyalaan pada dapur anda ditutup.
  Sentiasa kendalikan silinder GPC dengan cermat, Jangan hempas atau heret silinder anda.
Tip 12   Jika berlaku kebocoran gas
  Padamkan dapur dan alatatur gas.
  Buka semua pintu dan tingkap.
  Jangan pasang atau tutup sebarang alat elektrik atau memetik suis.
  Jangan guna telefon bimbit di kawasan berlakunya kebocoran gas.
  Keluarkan silinder gas ke tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik dan pastikan tiada sebarang punca api yang berdekatan.
  Laporkan kepada pengedar gas anda dengan segera.
Tip 13   Jika berlaku kebakaran gas
  Jangan cemas atau panik.
  Jika boleh, tutp segera bekalan gas.
  Bunyikan sistem penggera kebakaran (jika ada) dan pindahkan semua penghuni rumah ke tempat yang selamat.
  Padamkan api jika tidak membahayakan diri anda.
  Hubungi BOMBA (Tel : 994)
  Tutup semua pintu untuk membendung kebakaran.
  Laporkan kepada pengedar gas anda dan/atau PETRONAS Dagangan.
  Jika nerlaku kecemasan (kebocoran gas/kebakaran gas), hubungi pengedar sah atau PETRONAS Dagangan Berhad di talian:
  1-800-88-3400 atau 03-2161 1703 (24 jam)
  1-300-88-8181 (Mesra Link)
Design & Developed by  RAGFIL SOFTWARE CENTRE (Reg No. PG0150663-M)